Tuesday, February 10, 2009

Sekitar perasmian Rfc di Alor Setar


perasmian Rfc oleh menteri besar Kedah





Tuan Hj. Ismail di majlis perasmian





Gambaran luar Rfc



Gambaran dalam Rfc
semoga segala usaha yang mulia ini akan mendapat keredhaan Allah s.wt dan mendapat sokongan dari semua pendokong-pendokong kepada pejuangan dalam bidang ekonomi ini..

Wednesday, February 4, 2009

Apa itu PBC?


suasana dalam kursus Pbc
KURSUS USAHAWAN HPA PBC DAN KEISTIMEWAANNYA:
1-MEMBINA KEYAKINAN DIRI UNTUK MENJADI USAHAWAN HERBALIS MLM YANG CEMERLANG.
2-DAPAT MENGUASAI SEGALA ILMU DAN KEMAHIRAN DALAM BIDANG KEUSAHAWANAN MLM. AGAR DAPAT MERANCANG, MENGURUS DAN BERTINDAK MENGIKUT PLAN YANG DISEDIAKAN BAGI MENJURUS KEPADA BONUS 5 ANGKA SEBULAN.
3-MEMUPUK DAN MENERAPKAN KEKUATAN ROHANI BAGI MEMBENTUK JATI DIRI SEBAGAI USAHAWAN YANG BERTAQWA.
4-MELAHIRKAN USAHAWAN YANG TAHAN LASAK, TABAH, BERDISIPLIN DAN MAMPU MENJADI PEMIMPIN JARINGAN YANG HEBAT.
APA ITU PBC?
Menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan dengan produk-produk halal HPA. Ketahui plan pemasaran Perkongsian Bijak Cemerlang HPA dengan 'product killer' kami iaitu Kopi Pra-campuran Radix.Serta beratus produk lain merangkumi produk keperluan harian, ubatan berasas herba, kosmetik, makanan kesihatan dll. Anda pasti terpegun dengan pelbagai pengetahuan herba kami. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Rebutlah untuk menjadi usahawan muslim yang berjaya. InsyaALLAH...

Mengapa perlu sertai Program PBC (Perkongsian Bijak Cemerlang)?
1. Automatik mendapat pangkat pertama dalam HPA iaitu Pengurus Melati atau PLX (20% kekal) tanpa melakukan penajaan.
2. Tidak perlu lagi melakukan pembelian terkumpul 1501NM dan melakukan penajaan untuk mendapat pangkat pertama Pengurus Melati (PLX).
3. Bimbingan dan tunjuk ajar oleh Usahawan HPA yang berjaya mencapai bonus bulanan 5 angka.
4. Dapat berkongsi rahsia kejayaan oleh bekas-bekas peserta PBC.
5. Modul program yang menarik dan berkesan.
6. Peserta terdiri daripada pelbagai lapisan dan latarbelakang pekerjaan termasuk golongan professional yang ingin menempa nama sebagai Usahawan HPA.
7. Mempelajari ilmu MLM dengan lebih mendalam daripada Usahawan HPA yang telah berjaya.
8. Dapat mengetahui bagaimana untuk menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan melalui plan pemasaran era baru HPA.
Bagaimana hendak sertai program PBC ini?
1. Daftar menjadi Ahli HPA seumur hidup dengan bayaran cuma RM30 dan mendapaat Kit Niaga yang dilengkapi dengan katalog produk dan lain-lain dokumen.
2. Daftar sebagai peserta program PBC melalui penaja anda atau terus kepada penganjur PBC. Biasanya bayaran antara RM100 hingga RM180 sahaja untuk 2 hari 1 malam bergantung kepada tempat.
3. Membuat pembelian minima 300NM pada bulan yang anda hadir program PBC atau pada bulan hadapannya. Peserta program PBC boleh mengumpul 300NM sebelum ke program PBC di mana-mana agen stok.
Modul-Modul PBCAntara modul yang akan diberikan adalah:
1. Kenali Syarikat.
2. Asas Plan Pemasaran MLM Syariah HPA
3. Bagaimana Nak Berjaya - Gerak Kerja 6 M
4. Eagle Eyes Sponsoring
5. Plan Tindakan melalui LDK
6. Teknik Demo
7. Produk Pilihan
8. Diagnosis Penyakit Melalui Tapak Tangan.
9. Asas Perubatan JAWI
10. Qiamullail.
11. Kuliah Subuh.
12. Senaman Pernafasan.
13. Bacaan AlMaathurat.
14. Motivasi Niaga.
Pengisian PBC ini disampaikan oleh PJS dan mereka yang terpilih. Modul-modul ini menerapkan pelbagai ilmu MLM HPA kepada pengedar-pengedar baru untuk memulakan langkah yang tepat dan cepat untuk menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan. Selain menyasarkan jualan produk-produk HPA di serata Malaysia, program ini turut mendedahkan keistimewaan herba-herba yang terdapat dalam produk unggul HPA iaitu Kopi Pracampuran Radix. Para peserta akan didedahkan dengan cara-cara membuat ‘Demo’ atau ‘Homeparty’ yang berkesan dan ini akan disusuli dengan perbincangan dalam kumpulan yang dikawal selia oleh PJS untuk mendapatkan strategi pemasaran produk dan pengurusan masa yang betul. Apa yang membuatkan modul-modul ini berbeza dengan perniagaan MLM yang lain adalah penerapan Islamiyah yang bermula dalam jiwa usahawan itu sendiri di mana ganjaran pasti menanti di hadapan di dunia mahupun di akhirat. InsyaALLAH…
Dapatkan jadual PBC terdekat melalui Cawangan HPA, Stokis HPA seluruh negara, Pemimpin HPA anda, atau dengan melayari laman web berikut:
2.Komuniti Zon Utara : http://www.pjskpu.blogspot.com/
3.Komuniti Zon Tengah dan Selatan : http://kpa2u.wordpress.com/
3.Komuniti Zon Timur : http://hpakpt.blogspot.com/
Pangkat HPA jika tanpa melalui PBC:
PB 10% belian antara 0 NM - 500NMPB
14% belian antara 501 - 1000 NMPB
17% belian antara 1001 - 1500 NM
PLX 20% belian antara 1501 Nm keatas...
PRX 23% perlukan 3 org pangkat PLX
PJX 26% perlukan 6 org pangkat PLX
PL 29% perlukan 2 org pangkat PRX dan 4 org pangkat PLX
PR 32% perlukan 4 org pangkat PRX dan 2 org pangkat PLX
PJ 35% perlukan 6 org pangkat PRX
PJI 35% perlukan 2 PJ (line berbeza)
PJE 35% perlukan 4 PJ (line berbeza)
PJM 35% perlukan 6 PJ (line berbeza)

Kilang cola radix di Sungai Petani

Kilang baru HPAOleh Zainuddin Zain (zainuddin@hmetro.com.my)
PETIKAN DARI AKHBAR HARIAN METRO KELUARAN SELASA 8 JULAI 2008
HPA Industries Sdn Bhd (HPA) yang terkenal dengan jenama produk Kopi Radix, membuka kilang air bikarbonatnya yang pertama di Kawasan Perindustrian MIEL, Sungai Petani, Kedah semalam.Kilang bernilai RM2 juta itu mampu menghasilkan sejuta botol air bikarbonat sebulan untuk pengedaran di kalangan ahli syarikat terbabit.HPA ialah syarikat jualan langsung (MLM) milik penuh Bumiputera yang berpangkalan di Jejawi, Perlis dan kini mempunyai keahlian melebihi 450,000 orang.Pengarah Urusannya, Ismail Ahmad, berkata ketika ini, kilang itu mengeluarkan dua jenama produk air bikarbonat HPA, iaitu Radix Cola dan Radix Sarsi.
Bagaimanapun, katanya, HPA akan memperkenalkan beberapa lagi produk air bikarbonat dalam tempoh terdekat seperti Radix Orange, Radix Strawberry, Radix Soda dan Radix Apple.
“Radix Cola dan Radix Sarsi diperkenalkan penghujung tahun lalu dan bekalannya sering terputus berikutan permintaan tinggi di kalangan ahli.“Ini kerana pengeluaran kita cukup terhad berikutan sebelum ini, kita (HPA) menggunakan kaedah manual.“Bagaimanapun, menerusi pembukaan kilang ini dan menggunakan peralatan canggih, Insya-Allah kita tidak akan menghadapi masalah membekalkan Radix Cola dan Radix Sarsi selepas ini,” katanya. Majlis perasmian kilang berkenaan disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Asing, Sains Inovasi dan Usahawan Kedah, Ir Amiruddin Hamzah.Turut hadir Pengurus Besar HPA, Fisal Ahmad Tajuddin dan Pengurus Besar Al-Wahida Marketing (AWM) yang juga syarikat pemasaran jenama produk HPA, Mohamad Faisol Abdul Rahman.Sementara itu, Ismail mengucapkan terima kasih kepada semua ‘leader’, ahli dan kakitangan HPA yang bekerja keras untuk mencapai sasaran jualan syarikat sebanyak RM20 juta sebulan tahun ini.“Kita semakin menghampiri sasaran itu kerana usaha keras anda dan kilang ini adalah hak milik kita kerana ia dibina tanpa sesen membabitkan pinjaman bank tetapi keuntungan daripada penjualan produk HPA yang disahkan halal dan berkualiti untuk ummah,” katanya.Selain kilang bikarbonat berkenaan, HPA turut mempunyai dua kilang menghasilkan Kopi Radix, masing-masing di Kuala Perlis, Perlis dan Kota Kinabalu, Sabah.Selain itu, HPA juga mempunyai beberapa kilang lain di Kedah seperti ubatan dan keperluan rumah di Napoh, air mineral di Pokok Sena dan kosmetik di Sungai Petani.

sebuah lagi kejayaan ummah

Inilah restoran ayam organik yang ke-2 akan dibuka oleh syarikat Hpa industries bertempat di Shahab Perdana, Alor Setar. Ia merupakan 'ailternatif untuk umat Islam khususnya yang menggemarkan makanan segera yang dijamin halal dan berkhasiat. Perasmian restoran ini akan diadakan pada 07 Feb 2009 yang akan dirasmikan oleh Yab. Menteri Besar Kedah. Ust. Azizan B Abd Razak. sama-samalah kita hadir beramai-ramai sebagai tanda sokongan untuk kita membangunkan ekonomi umat Islam ini. HPA BOLEH!!! UMAT ISLAM BOLEH!!! TAKBIR!!!

ketaqwaan menjamin kesejahteraan


Tuesday, February 3, 2009

produk bermutu, halal lagi baik


Marilah kita merubah fikiran dari menggunakan produk yang hanya berjenama kepada produk yg sudah pasti halal lagi baik

Kemuliaan Islam

Jangan kita ragui dengan janji-janji yg telah Allah wahyukan kepada kepada Rasulnya s.a.w. Marilah sama-sama kita bangun untuk berjihad dalam bidang ekonomi ummah ini. percayalah apa yg telah disabdakan oleh junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w: "Islam itu tertinggi dan tiada agama2 lain yg dapat menandinginya( lebih tingi darinya)".